Lirik Lagu Formula - KRU

Artis : KRU
Penulis Lirik: Yusry, Norman & Edry
Komposer Lagu : Yusry, Norman & Edry


Lirik Lagu KRU - Formula

Jangan cemburu ku kalis peluru
Sesudah hampir sepuluh tahun aku di sini
Ramai yang telah datang
Dan ramai yang telah pergi
Daripada cuba membina diri sendiri
Aku dijadikan sasaran setiap kali
Namun aku tak mahu
Membuangkan masaku
Belajarlah dahulu
Baru jadi lawanku
Hentikanlah hina cela
Ku terus jelahi dunia
Kerna ku ada yang engkau tiada

Korus
Ku ada formula, formula
Oh aku ada formula, formula
Ku ada formula, formula
Oh aku ada formula, formula

Hanya masa membeza permata dan kaca
Siapa masih berkuasa
Membukti karisma
Jangan terburu-buru
Janganlah terkeliru
Dengan sokongan plastik
Yang memangnya anti aku
Namun apakan daya
Puaskan hati semua
Dunia dinamik selera berbeza-beza
Ku terus dengan caraku
Melaungkan agendaku
Jangan kau menabur dusta kerna cemburu

Wahai semua dengarlah apa yang ku kata
Tiada sesiapa yang boleh kau percaya
Hari ini benar berjanji sehidup semati
Esok mungkin kerna dia engkau mati
Begitulah rahsia untuk terus berjaya
Evolusi irama maksud seribu makna
Apa saja yang ku kata ku lakukan sempurna
Kerna aku ada yang engkau tiada

Ulang Korus

Sudah merata-rata gegar sedunia
Aku tak gentar dengan cabaran yang tak ke mana
Katakan saja tempatnya bilakah masanya
Sentiasa sedia kerna ku di pihak benar
Bersenjatakan formula
Formula yang telah terbukti
Jangan kau sembunyi kau dapat ku cari
Bukan mendabik dada siapa perkasa
Sekadar menyedarkan mereka yang terpedaya

0 Response to "Lirik Lagu Formula - KRU"

Posting Komentar